Cinta Munyit I!
aku sendiri tak pasti bila aku mula mengenal cinta. Cinta yang sebenar cinta. Sekolah dulu? Mungkin. Kisah bermula masa awal atau pertengahan form 4 di sebuah sekolah asrama kat Kelantan. Ada sorang budak pompuan ni memang dah memikat jiwa dan sanubari aku ni. Cantik, cute. Asal Perak. Ate yob... berenti jantung teman yob. (kena tuka slang sikit ye) Masa teman tengah cucuk angin tuh, teman tau le yang dia baru clash ngan sorang senior kami. Bior betul yob. Hati teman gembira kan main lagi. Wahh, ada chance ni. Teman terus je cucuk angin baikkkk punya. Masa tu teman tak bagitau lagi le yang sebenarnya teman minat kat dia dan nak jadikkan dia marka teman. Tapi teman cuma berkawan ngan dia. Malah dah jadik bespren pun. Dah nak ujung-ujung form 4 tuh, ada plak mamat ni, sama batch ngan teman nak cucuk angin juga. Tak boleh jadi ni. Kalau tak melepas jugak ni karang. Dan setelah berhari-hari teman berpikior, cari keyakinan dan apa-apa lagi, teman approach la dia. Terkejut jugak le dia. Dia minta tempoh sebab dia memang tak menyangka yang teman minat kat dia. Lama dia fikir tapi dalam kepala teman dah fikir, dia susah agaknya nak terima teman. Dan jangkaan teman tepat. Dia cuma boleh terima teman sebagai kawan. Tak lebih dari itu. Sedihnya teman kan main lagi. hubungan kami lepas tu tetap kawan. Dan bila abis SPM, masing-masing bawak hala sendiri dan berita last sekali aku terima dari dia adalah undangan perkahwinan dia tahun lepas. Alhamdulillah. Selamat dah dia. Nasib baik tak couple ngan aku. Kalau tak, belum tentu lagi sekarang dia dah kawin. Hehehehehe.
next ep: kisah aku masa form 5! Cinta Munyit II
Posted at 02:38 pm by lelayang
Permalink
Aku hairan sikit. Semenjak dua menjak nih, susah sangat aku nak lelapkan mata. Pusing kiri, pusing kanan, terlentang, mata still terkelip-kelip. Kelmarin langsung tak lelap sampai pagi. Last-last aku bangun, bukak TV tengok Arsenal VS Crystal Palace. Dah abis game, terus mandi pastu datang kerja. Kat tmpt kerja mula la mata pun pedih, kepala pun pusing. Nasib baik kat tempat kerja ni ada port baik utk landing. Sempat la lelap sejam dua. Jadik la.
Posted at 12:11 pm by lelayang
Permalink
Kisah Satu Alam Dari Kacamata Lelayang
Blog? Apabenda nih? Aku sendiri pun sebenarnya keliru dengan perasaan sendiri. Kenapa aku mesti nak tulis blog? Mungkin kerana aku terpesona dan terkesima (ye ke? cam tak caya je) bila tengok blog-blog orang len yang power gila mengalahkan power rangers. Dan aku nak jadik penulis cam diorang jugak. Apa yang nak aku tulis? Kisah zaman sekolah? Kisah hidup sehari-hari? Dari bangun pagi, gosok gigi, mandi, kerja pastu tido balik? Atau kisah cinta aku? Hari ni aku dating, semalam aku dating tapi gaduh ngan awek aku. Semalam awek aku bgtau mak dia tak kasik kawan ngan aku. Semalam semalam semalam tak abih abih. Entahlah. Ataupun aku nak jadik pengulas hiburan? Sukan barangkali? Kita tengoklah nanti sampai mana aku boleh menulis. Dah dulu la. Aku nak jalan-jalan kat blog orang lain dulu. Tata....
Posted at 12:53 pm by lelayang
Permalink